Untuk memastikan dana sumbangan individu dan syarikat kepada organisasi kebajikan tidak disalahguna – pentadbiran negara melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) kini sedang laksana kajian kewajaran akan tindakan menggubal Akta Khairat dan penubuhan Suruhanjaya Khairat pada pasaran negara.
Tindakan itu telah dicapai bersama kabinet negara sebagai langkah penambahbaikan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan Akta Pemegang Amanah 1949 yang memerlukan pindaan mengikut keperluan semasa.
Kajian tersebut difahamkan akan selesai menjelang pertengahan September 2024 ini dengan didasari berlandaskan model Akta Khairat di beberapa negara luar. Antaranya merangkumi Charities Act 2011 UK, Charities Act 1994 Singapura, Charities Act 2005 New Zealand dan Charities and Not for profits Commission Act 2012, Charities Act 2013 Australia.
Langkah itu, akan membantu Malaysia melaksana akta yang sama bersama pengurusan dana sumbangan yang lebih telus. Tidak hanya tapisan ke atas salah guna dana sumbangan tetapi peranan penyumbang dana turut akan disemak bagi memastikan niat sumbangan tidak membawa kepada tujuan pengubahan wang haram – sekaligus memberi kesan kepada organisasi kebajikan yang terlibat.