Rakyat Malaysia tidak sekadar ‘manis’ akan budi bicaranya namun turut gemar mengambil guna secara berlebihan pada rutin pemakanan dan minuman mereka. Tabiat ini didapati apabila Malaysia jadi negara ke-14 di dunia yang mengambil gula secara berlebihan dengan purata 26 sudu sehari.
Tindakan tersebut secara langsung lebih tinggi berbanding apa yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 6 sudu gula sehari sahaja.
Dapatan di bawah World Population Review itu memperincikan penduduk Malaysia mengambil gula sebanyak 41.63 kilogram per kapita dalam tempoh setahun. Ini bersamaan dengan 8,326 sudu teh gula.
Data itu sekaligus mengesahkan dinamik penyakit yang berlaku di negara berlandaskan laporan kesihatan NHMS di mana pesakit buah pinggang meningkat sehingga 10,000 pesakit pada setiap tahun susulan penyakit kencing manis disebabnkan rutin pengambilan gula berlebihan.
Selain Malaysia, negara serantau yang turut berdepan tekanan sama adalah Thailand – apabila berada di kedudukan ke-27 dengan pengambilan gula 38.66kg per kapita dalam tempoh setahun.