Exxon Mobil yang telah bertapak lebih 130 tahun pada pasaran Malaysia kini berhasrat memindahkan semua operasi aset dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Malaysia – kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Aturan itu menurut Reuters melibatkan pemindahan dua operasi PSC yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia.
Menerusi peralihan ini, kedua pihak menjamin aturan itu tidak akan menjejaskan status keselamatan operasi serta bekalan tenaga ke atas pengguna negara.
Penjelasan Exxon, tindakan ini bukanlah langkah jualan bahkan tiada perubahan akan gerak kerja yang telah dicapai pada kontrak perkongsian pengeluaran tersebut di bawah ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc (EMEPMI).
Pihaknya optimis mengekalkan komitmen pada operasi perniagaan di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, Exxon Mobil ketika ini antara pengeluar tenaga penting di negara dengan menyumbang sekitar 40% dalam minyak mentah dan 50% dalam gas asli di Semenanjung Malaysia.