Artikel

Sarawak, LTAT Dilaporkan Tangguh Aturan Ambil Alih Pegangan Ekuiti Affin Bank

Sarawak bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini dimaklumkan telah menangguh aturan perjanjian jual beli (S&P) yang bertindak meningkatkan pengambilan pegangan ekuiti kepada sekitar 30% dalam Affin Bank.

Mengikut laporan TheEdge, tindakan penangguhan itu berikutan Sarawak perlu memperincikan beberapa syarat peralihan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung perjanjian tersebut. Perincian itu antaranya dimaklumkan melibatkan pengawalan bank tersebut setelah peralihan pegangan dicapai.

Difahamkan Sarawak akan laksana perbincangan bersama BNM untuk melengkapkan perjanjian tersebut.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini pegangan asal membawa jumlah sekitar 4.8%, maka dengan perjanjian tersebut ia akan menjadikan Sarawak antara pemegang saham terbesar Affin Bank. Menerusi kepentingan itu, ia dijangka akan perkukuhkan ekonomi negeri dengan perkasakan ekosistem PKS dan perniagaan di Sarawak.