Artikel

Hanya 39.6% Syarikat Bumiputera Miliki Sijil Halal, Di Pasaran Negara

Sehingga Julai tahun ini, didapati terdapat 9,146 syarikat telah menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – daripada jumlah itu sekitar 8.105 syarikat adalah terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Meskipun terdapat kemajuan perolehan sijil halal, namun jumlah syarikat bumiputera yang terlibat ternyata kekal rendah – apabila hanya 39.6% sahaja yang memiliki sijil halal sementara peratusan lebih tinggi dicatatkan kalangan syarikat bukan-bumiputera.

Berikutan angka itu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid pada sidang Parlimen memaklum langkah memperkasakan kini sedang dijalankan di bawah Pelan Induk Industri Halal 2030 bersama syarikat tempatan.

Di mana perluasan pengiktirafan halal perlu dikembangkan – tidak hanya tertumpu kepada makanan dan minuman bahkan melibatkan produk kosmetik, kesihatan serta tradisional. Langkah tersebut sekaligus akan memacu perluasan jenama Malaysia di pasaran serantau secara berperingkat.