Artikel

Malakat Mall Akan Menutup Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Pada 31 Julai 2024 – Beralih Ke Model Perniagaan Lain

Malakat Mall, salah satu pusat beli-belah di Cyberjaya kini mengumumkan akan menamatkan operasi pada 31 Julai 2024. Melalui pengumuman penutupan, ia dinyatakan mereka akan meneroka model perniagaan baharu dalam menawarkan produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan.

Sebelum in, Malakat Mall terkenal dengan penawaran produk-produk tempatan, selain ruangan solat yang terletak di bahagian tengah pusat membeli-belah berkenaan. Ia turut menerapkan imej pasaraya mesra muslim, serta mengalakkan usahawan tempatan membuka kedai dan menawarkan produk di sana. Ia dibuka sekitar 4 tahun lepas, dan sejak daripadanya telah menghadapi cabaran bukan hanya disebabkan Covid-19, tetapi juga cabaran dalam menarik orang ramai ke pusat berkenaan.

Bergerak kehadapan, Malakat Mall menyatakan mereka akan mengalihkan jualan runcit secara atas-talian 100%, sementara Malakat Grocer pula akan kekal beroperasi di Taman Kosas, Ampang.