Hari ini sidang Dewan Rakyat telah mencapai keputusan dengan meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan 2024. Pada kesepakatan itu, ia secara langsung akan memberi kuasa kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk iktiraf kelayakn serta latihan kepakaran pada tujuan pendaftaran pengamal prubatan dan pakar.
Menerusi langkah pindaan ia dijangka dapat menyelesaikan isu pathway parallel.
Buat pengetahuan umum adanya penyelesaian rangka ini, ia akan membantu negara mengatasi isu kekurangan pakar pada pasaran semasa. Sebelum Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pernah menggariskan nisbah penduduk dan pakar perubatan adalah tidak seimbang iaitu mewakili 10,000 penduduk : 4 pakar perubatan.
Keupayaan itu sekaligus menunjukkan lebih rendah berbanding purata yang ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu 10,000 penduduk : 14.3 pakar perubatan.
Maka tindakan lanjut, Kementerian Kesihatan (KKM) optimis untuk pastikan RUU berkenaan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat untuk kelancaran semua proses.