Artikel

Pelabur Kini Boleh Memohon IPO – Menerusi Aplikasi Dagangan Sehenti M+ Global

Malacca Securities, firma pembrokeran saham tempatan kini melancarkan langganan eIPO Bursa menerusi aplikasi dagangan sehentinya – M+ Global.

Buat pengetahuan umum pengenalan ciri ini adalah lanjutan daripada pengenalan IPO Hong Kong M+ Global yang dilaksanakan pada September 2023 lalu.

Pada akses tersebut rakyat negara boleh berdagang di pasaran saham Bursa Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong dengan lebih mudah. Malah para pelabur juga turut boleh memohon saham terbitan awam atau IPO di pasaran Bursa secara langsung. Ciri sedemikian dilihat akan meningkatkan penyertaan rakyat negara pada arena pelaburan negara.

Lebih menarik, para pelabur turut boleh menyelia langganan mereka dengan menerima data masa nyata bagi prestasi IPO dan trend pasaran semasa. Ini termasuklah dapat mengemaskini peruntukan dan menguruskan pelaburan mereka dengan lebih teratur.

Untuk tindakan lanjut, semua pihak boleh mula melanggan IPO Bursa dengan memuat turun aplikasi M+Global pada pautan rasmi mereka.