Artikel

Mulai 31 Julai – Maybank Perkenal Tempoh Bertenang 12 Jam, Bagi Naikkan Had Pemindahan Wang

Bermula akhir bulan ini (31 Julai), Maybank akan perkenalkan tempoh bertenang selama 12 jam bagi setiap tindakan meningkatkan had pemindahan wang menerusi laman web Maybank2u.

Peningatan had pemindahan wang ini untuk makluman melibatkan perkhidmatan ke pihak ketiga (Maybank-Maybank), pemindahan wang antara bank merangkumi DuitNow, duitNow Transfer serta GIRO dan transaksi FPX, DuitNow atas talian, dompet digital.

Akses tersebut boleh didapati pada bahagian Tetapan > Bayar & Hantar > Had Pemindahan.

Menerusi pengenalan tempoh bertenang baru ini ia secara langsung meningkatkan lagi perlindungan pengguna secara berkala akan sebarang aktiviti penipuan melibatkan pemindahan wang atas talian tanpa kebenaran.

Bagi tindakan lanjut, pengguna Maybank boleh aktifkan ciri Kill Switch sekiranya terdapat transaksi yang mencurigakan atau hubungi talian 1300-88-6688 Maybank pada langkah seterusnya.