Pentadbiran negara kini memaklumkan sedang melihat semula berkaitan semua perjanjian melibatkan isu penjualan air mentah kepada Singapura, pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.
Langkah itu menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi perlu disemak untuk mengesahkan langkah subsidi telah dilaksanakan negara pada perjanjian tersebut. Jelas Menteri Fadillah Yusof ketika sidang Water Malaysia Specialised Conference & Exhibition 2024 – isu tersebut telahpun berlangsung ketika di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
Maka semakan lanjut akan semua perjanjian yang telah dicapai bersama Singapura perlu dilihat kembali.
Buat pengetahuan umum, perjanjian penjualan air kepada Singapura ini hanya akan berakhir pada 2061. Di mana menerusi perjanjian tersebut, Singapura akan meraih akses 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen. Selain itu, Malaysia membeli semula air dirawat dengan harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.