Artikel

Pakej Rahmah Prabayar Siswa Diperkenalkan, Mulai 16 Ogos – Buat IPTA, ILKA Terpilih

Menjelang 16 Ogos ini, pakej Rahmah Prabayar Siswa akan diperkenalkan kepada pelajar tempatan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Penawaran pakej itu menurut makluman Kementerian Komunikasi adalah lanjutan daripadan Pakej Internet Mudah Alih Rahmah yang dilaksanakan pada tahun 2023. Menerusi pakej ini ia difahamkan tidak akan melebihi harga RM30 dengan minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

Usaha ini secara langsung akan menyokong tuntutan kos kalangan pelajar berhubung capaian telekomunikasi mereka ketika sesi pengajian dan pembelajaran.

Pada aturan itu, senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih akan dikongsikan menerusi pautan laman Kementerian Komunikasi kelak.

Berlandaskan penawaran itu, antara 5 penyedia telekomunikasi yang terlibat adalah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications.