Para pencarum dan majikan kini dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang gangguan melibatkan urusan transaksi melibatkan sistem i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – yang dimaklumkan akan tergendala pada 20 Julai ini.
Aturan itu adalah sebahagian langkah KWSP bagi menaiktaraf kecekapan capaian sistem KWSP jangka masa panjang. Ini bermakna pada tempoh tersebut khidmat i-Akaun KWSP secara atas talian tidak akan tersedia.
Tempoh masa gangguan ini dimaklumkan akan bermula pada jam 5.30 pagi sehingga jam 9 malam. Susulan itu semua majikan mahupun pencarum dinasihatkan untuk merancang lebih awal akan sebarang transaksi melibatkan KWSP. Tindakan tersebut bertujuan mengelakkan daripada berlaku sebarang kesulitan berhubung urusan rasmi.
KWSP memberi jaminan, segala proses transaksi dan permohonan yang bakal tertangguh akan diteruskan semula setelah langkah naik-taraf ini selesai.