Artikel

MOF: Hutang Kerajaan Persekutuan Kini Meningkat Kepada RM1.22 Trilion, Setakat April 2024

Tindakan laksana pembiayaan defisit fiskal bersama perbelanjaan pembangunan secara langsung telah memperlihatkan berlakunya peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 bilion setakat akhir April 2024. 

Penjelasan Kementerian Kewangan (MOF) ini memperincikan terdapat tindakan pinjaman kasar dilaksanakan negara melibatkan sejumlah RM70.5 bilion dalam tempoh 4 bulan pertama 2024. Ini termasuklah terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) beriumlah RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berjumlah RM34.5 bilion, dan bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM6 bilion.

Pinjaman tersebut untuk makluman digunakan untuk menyelesaikan hutang matang berjumlah RM20.6 bilion, dengan baki RM49.9 bilion menampung defisit dan tempoh matang hutang masa hadapan.

Sementara berhubung perbelanjaan pembangunan pula, langkah dana ini penting untuk menyokong negara memacu pertumbuhan ekonomi, di samping memastikan infrastruktur negara kekal berdaya saing untuk meneroka peluang pelaburan baharu. 

Walaupun berdepan kenaikan paras hutang, pentadbiran  berjaya mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berjumlah RM91.4 bilion pada 2023, lebih rendah daripada 5.6% yang dicatatkan pada 2022, bersamaan RM99.5 bilion.

Menerusi sasaran itu, dijangka defisit fiskal diunjurkan menurun lagi kepada 4.3% daripada KDNK, atau RM85.4 bilion, pada 2024.