Artikel

Bursa Malaysia, Remisier Bumiputera – Kini Lancarkan Indeks Zakat Pertama Di Dunia

Bagi mengalakkan lebih banyak kesedaran kalangan syarikat senaraian awam (PLC) yang memilih untuk menerima guna amalan zakat korporat – Indeks Zakat pertama di dunia kini diperkenalkan oleh Bursa Malaysia dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI).

Pengenalan ini adalah tindakan balas untuk mengharga penerbit tersenarai yang membayar zakat dan menggalakkan lagi sumbangan zakat yang lebih besar daripada PLC.

Setakat ini terdapat 27 konstituen melibatkan pelbagai sektor – antaranya perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, hartanah, perladangan, teknologi, penjagaan kesihatan, pengangkutan, produk pengguna dan tenaga.

Menerusi penambahan senarai kelak, saringan yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan hanya kumpulan yang memenuhi kriteria sahaja dimasukkan pada indeks tersebut.

Adanya Indeks Zakat ini ia sekaligus akan merancakkan lagi pelaburan di negara dengan menarik lebih ramai pelabur yang miliki kesedaran sosial dan mengukuhkan status Malaysia selaku hab kewangan Islam global.

Ketika ini sumbangan zakat melibatkan 27 PLC adalah sekitar RM233 juta bagi tahun 2023, ia meningkat berbanding tahun 2022 dengan RM197 juta dan RM142 juta pula pada 2021.

Remisier merujuk kepada individu yang bekerja di firma broker untuk menjual dan membeli saham di pasaran saha bagi pihak pelabur untuk perolehan komisen.