Artikel

Penduduk Dunia Dijangka Lebih Ramai Tua Pada 2070 – Lebihi Jumlah Orang Muda

Dalam tempoh 56 tahun lagi, dunia dijangka memiliki sekitar 10.3 bilion penduduk dunia – bagaimanapun disasar akan kembali menurun kepada 10.2 bilion pada akhir abad ini. Situasi tersebut didorong kesan persekitaran , ketidaksuburan semasa dan masyarakat menua.

Pengamatan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini menjelaskan isu penuaan kini menjadi tumpuan seluruh dunia tidak hanya negara besar sahaja.

Untuk makluman menjelang akhir 2070 pula, didapati akan lebih ramai penduduk dunia lebih tua. Di mana pada tahun tersebut, jumlah individu berusia 65 tahun ke atas disasar mencapai jumlah 2.2 bilion individu. Angka tersebut melebihi jumlah kumpulan berusia bawah 18 tahun, golongan orang muda.

Jumlah itu akan mulai meningkat pada pertengahan 2030 – dianggarkan individu yang berusia 80 tahun akan meningkat lebihi jumlah bayi yang berusia bawah 1 tahun dengan jumlah 265 juta individu.

Melihat pada angka ini, PBB menyarankan untuk seluruh negara laksana persediaan akan kekangan tersebut. Tidak sekadar tertumpu pada sektor ekonomi dan kesihatan tetapi kepada sokongan teknologi dan infrastruktur.

Usaha itu secara langsung akan menyeimbangkan produktiviti dunia pada setiap lapisan masyarakat bersama meningkatkan kecekapan pentadbiran setiap negara.