Syarikat pembuatan Jepun kini dilihat mula menggalakkan pekerja yang berkaitan untuk manfaatkan cuti menjaga anak tidak hanya wanita bahkan ke atas pekerja lelaki melalui cuti paterniti. Antara firma yang meluaskan akses tersebut adalah Toyota dan Sony.
Berikutan akses tersebut, mengikut laporan Nikkei Asia setakat 2023 kadar cuti paterniti di Toyota telah mencapai 61.5% berbanding 19.4% pada 2021 dan 38% pada 2022. Peningkatan ini didorong hasil kempen kesedaran berterusan yang turut dilaksanakan peringkat tertinggi ke atas pekerja mereka.
Langkah yang sama turut dipamerkan Sony apabila memperlihatkan kadar cuti meningkat kepada 76% pada 2023. Lebih menarik, syarikat ini turut menyediakan kempen kesedaran atasi tekanan buat pekerja lelaki ketika menjaga anak-anak. Sokongan itu sekaligus akan meningkatkan kualiti moral dan produktiviti pekerja mereka.
Manfaat ini dimaklumkan tidak akan mengugat kelancaran operasi syarikat, berikutan menyediakan pekerja sementara untuk tindakan tersebut. Ini bermakna pekerja yang terlibat tidak perlu khuatir akan ketiadaan mereka ketika tempoh bercuti.
Selain usaha ini, terdapat juga perancangan untuk menyediakan sistem pemberian bonus bagi pekerja yang melaksanakan tugas kumpulan bercuti. Pada insiatif itu ini akan memberi galakkan kepada kedua kumpulan pekerja untuk memanfaatkan peluang bercuti dan bonus berikutan komitmen masing-masing.
Galakkan ini untuk makluman susulan pekerja sektor pembuatan dilihat kurang memanfaatkan cuti yang diberi. Mengikut tinjauan Persol Research & Consulting keadaan ini didorong faktor tugasan yang memerlukan ketersediaan pekerja pada operasi. Menyedari kekangan itu, galakan yang berterusan perlu dilaksanakan syarikat untuk memastikan kesejahteraan pekerja mereka terus dipelihara tanpa menjejaskan produktiviti para pekerja di masa hadapan.