Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan pengenaan cukai berhubung urus niaga melibatkan kriptowang adalah bergantung kepada modal mahupun hasil. Sekiranya ia bersifat hasil dan perdagangan maka ia boleh dikenakan cukai dan turut boleh dibenarkan sebagai potongan.
Akan tetapi jika keuntungan atau kerugian pelupusan mata wang digital tersebut bersifat modal maka ia tidak akan dikenakan cukai.
Sebelum ini, LHDN pernah memaklumkan telah mengenalpasti individu dan syarikat yang terlibat pada perdagangan mata wang kripto di pasaran negara. Menurut penjelasannya bersama BH, penentuan nilai cukai ini akan dikenakan sekiranya keuntungan dikesan pada kekerapan transaksi kriptowang tersebut.
Antara langkah yang juga dilaksanakan untuk mengenalpasti sama ada ia keuntungan atau kerugian yang boleh dikenakan cukai ataupun tidak – aturan itu akan didasari berlandaskan Petunjuk Perdagangan seperti sifat aset, tempoh pemilikan, cara pembiaayan, menerusi audit, e-Invois, Nombor Pengenalan Cukai, pemantauan pada medium media sosial, e-dagang serta pemantauan rakan startegik LHDN.
Menerusi usaha ini, ia secara langsung melandaikan ketirisan hasil cukai negara melibatkan perdagangan kriptowang dan aturan iti selari dengan Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 Seksyen 3 – kebolehcukaian ke atas urus niaga kriptowang di pasaran negara.
Ia bermakna pengenaan cukai kekal tertakluk kepada apa-apa penerimaan pendapatan yang terakru atau diterbit di Malaysia mahupun di luar negara bagi setiap tahun taksiran oleh individu.