Platform Selangor (PLATS), medium yang menggerakkan ekonomi peniaga kecil dan sederhana bersama sokongan digital kini menyasarkan penyertaan sehingga 50,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjelang 2025.
Setakat ini, sejumlah 37,000 peniaga telah berdaftar bersama platform sejak ia diperkenalkan pada 2020.
Menerusi penyertaan yang lebih rancak, pentadbiran Selangor optimis untuk menawarkan lebih banyak peluang dan ruang kepada peniaga dalam mengembangkan perniagaan mereka mengikut permintaan pasaran. Ini meliputi tawaran pinjaman, bantuan, latihan keusahawanan, akses terlibat dalam program kerajaan serta geran digitalisasi.
Secara menyeluruh sekitar RM5 juta dibelanjakan setahun untuk terus membangunkan medium PLATS ini demi kemudahan peniaga tempatan.
Maka selain kemudahan itu, peniaga kecil turut boleh melanggan pakej U Biz Bundle untuk internet perniagaan anda dengan 5 talian pada RM50 setiap satu, iaitu separuh harga daripada U Business.
Menerusi akses ini, peniaga berpeluang meraih internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB dengan UltraHotspot 5G dan perayauan percuma di 63 destinasi. Di mana ia sesuai untuk perniagaan yang memerlukan kuota tinggi, dengan proses muat turun dan muat naik yang stabil.
Tidak hanya itu peniaga turut berpeluang perolehi dua telefon pintar 5G percuma dan tambah RM50 sebulan untuk jalur lebar perniagaan 5G Office dengan penghala Wifi 6 5G, tanpa bayaran pendahuluan atau pemasangan rumit. Sesuai untuk perniagaan seperti kedai pop-up atau trak makanan. Layari laman rasmi U Business untuk maklumat lanjut.