Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memiliki 8.896% kepentingan pada Johor Plantations Group iaitu pengeluar minyak sawit negara – peratusan itu sekaligus menjadikan KWSP antara pemegang utama pada kepentingan operasi.
Status ini berikutan KWSP melalui Citigroup Nominees telah membeli 222.24 juta saham dalam JPG mengikut notis perfailan kumpulan.
Selain KWSP, antara peneraju utama yang mengungguli kepentingan pada JPG adalah Kulim Sdn Bhd dengan 65% pegangan, diikuti Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dengan 5.82% kepentingan pada syarikat tersebut.