Artikel

Mulai Hari Ini – Tiada Lagi Perintah Kuarantin Buat Individu Positif COVID-19 

Bermula hari ini (15 Julai), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menguatkuasakan tiada lagi arahan kuanrantin di rumah (HSO) buat kumpulan individu yang didapati positif COVID-19. Ini bermakna aturan tersebut melaksanakan langkah rawatan yang sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain.

Biarpun tiada perintah tersebut, individu yang berkaitan kekal disarankan untuk meminimumkan interaksi sosial mereka di tempat awam dan elakkan berada di kawasan sesak. Malah pemakaian pelitup muka kekal digalakkan bagi mengurangkan berlakunya penularan bersama orang awam.

Penamatan perintah mutlak HSO ini menurut KKM pada notis 5 Julai lalu adalah tindak-balas kesihatan berikutan jumlah kes kematian melibatkan COVID-19 memaparkan penurunan, di samping ketiadaan varian baharu yang dikesan di Malaysia.

Rentetan langkah ini, orang awam dinasihati untuk terus mengamalkan kebersihan dan pemeriksaan lanjut sekiranya didapati alami gejala jangkitan COVID-19. Pemakaian pelitup muka kekal digalakkan untuk menjamin kesejahteraan semua pihak meskipun perintah kuarantin tidak lagi diwajibkan di negara bagi perangi COVID-19 secara berterusan.