Tidak lama lagi, Malaysia berpotensi mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kepada rakyat negara. Langkah itu bagaimanapun akan direalisasikan setelah kajian berkenaannya mencapai penyelesaian di peringkat pihak berkuasa.
Jelas Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sidang rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) – negara bersedia akan penawaran tersebut namun kesepakatan bersama pihak Imigresen masih diperincikan sebaik mungkin.
Buat pengetahuan umum, tempoh sah 10 tahun ini bukanlah perkara baharu kalangan negara Asia. Setakat ini, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura telah ber buat akses sedemikian kepada pemegang pasport mereka.
Maka jika inisiatif ini berjaya dicapai semua pihak – rakyat Malaysia kelak miliki pilihan pilihan sama ada menggunakan pasport tempoh sah lima atau 10 tahun pada perjalanan antarabangsa mereka.
Selain akses itu, pasport Malaysia juga miliki kelebihan dengan mendapat pengecualian visa hampir di 183 buah negara. Status itu meletakkan negara di tempat ke-12 dalam kedudukan global.