Artikel

Belanjawan 2025 Disahkan Bentang 18 Oktober Kelak

Kementerian Komunikasi kini mengesahkan pembentangan Belanjawan 2025 akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat bertarikh 18 Oktober 2024 ini.

Tarikh itu ternyata dilaksanakan lebih awal berbanding tarikh kebiasaan yang ditetapkan pada pembentangan bajet tahun sebelum ini iaitu 28 Oktober.

Menerusi pengesahan tersebut ini secara langsung berupaya menyebabkan Takwim Dewan Rakyat Pada Oktober juga turut diawalkan – dijadualkan bermula pada 14 Oktober hingga 12 Disember kelak.