Artikel

Merchantrade Kini Perkenal Kad Prabayar Visa – Buat Syarikat Korporat, Kecil & Sederhana 

Untuk memastikan aliran perbelanjaan sesebuah firma terus lancar tanpa kos tambahan, Merchantrade Asia kini perkenalkan Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia.

Pengenalan Merchantrade Money Biz ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada semua peringkat pekerja ketika menggunakan dana korporat di bawah pemantauan majikan.

Akses itu sekaligus menyamai kad kredit korporat yang kebiasaanya tersedia buat kumpulan eksekutif atasan sahaja. Menerusi manfaat yang sama, ini sekaligus akan membantu para majikan mengubah cara pengurusan perbelanjaan mereka bersama pekerja ketika beroperasi.

Lebih menarik dengan memadankan ia bersama dompet digital Merchantrade, para pekerja turut boleh laksana petukaran asing secara terus dengan akses 20 mata wang asing bersama kadar tetap bagi langkah pembayaran antarabangsa.

Setakat ini lebih 880 syarikat telah mendaftar pada fasa percubaan untuk menikmati manfaat penyelesaian yang disediakan Merchantrade. Menerusi penyertaan tersebut, ini akan mengandakan lagi transaksi nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan pemain ekonomi kecil negara secara meluas.