Selaras dengan agenda untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2045 – Denmark kelak akan perkenalkan cukai karbon kepada binatang ternakan di pasaran negara mereka.
Di mana bermula 2030, pelepasan gas metana oleh binatang ternakan seperti lembu dan khinzir akan dikenakan cukai sebanyak 300 kroner atau $43 setiap tan setara CO2.
Bagaimanapun aturan itu masih di bawah semakan parlimen Denmark sebelum dikuatkuasakan dan mengikut laporan AFP ia tidak mendapat persetujuan segelintir pihak khususnya kumpulan petani – berikutan tindakan tersebut berisiko menjejaskan rantaian makanan.
Buat pengetahuan umum, kumpulan haiwan seperti lembu, biri-biri, khinzir mahupun kambing menghasilkan gas metana menerusi kentut dan sendawa. Situasi itu mengikut tinjauan dianggarkan menyumbang kepada 14% pemanasan global.