Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) kini dimaklumkan kekal selari dengan agenda yang ditetapkan oleh pentadbiran negara. Termasuklah penggunaan pembangunan kosnya pada pelaksanaan sistem. Di mana kekal dibawah anggaran RM85.27 juta untuk tempoh 3 tahun.
Kos ini untuk makluman, merupakan anggaran pembangunan sistem secara menyeluruh bermula tahun 2023 sehingga 2025 kelak. Jelas Kementerian Ekonomi, kos ini merangkumi perkakasan dan perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perkhidmatan ICT, semakan dan verifikasi serta publisiti dan komuniksi strategik sistem.
Malah daripada jumlah peruntukan tersebut sekitar RM27 juta disalurkan bagi tindakan pengoperasian pendaftaran pengguna secara atas talian dan fizikal. Menerusi nilai komitmen ini, pentadbiran menjangkakan sistem penyampaian perkhidmatan negara akan lebih lancar tanpa berlakunya ketirisan bantuan kepada rakyat negara.
Secara menyeluruh, ketika ini PADU telah memasuki fasa kedua dan kini dalam proses penganalisisan data bagi memperincikan lagi senarai kumpulan penerima subsidi bersasar. Pada tindakan itu, pelbagai aspek sedang diteliti PADU ini melibatkan perbelanjaan asas kehidupan wajar, isi rumah, pendapatan boleh guna bersih dan pembentukan use case serta memperhalusi mekanisme penyasaran subsidi.