Artikel

Affin Bank Ingin Perluas Kapasiti Pembayaran – Sasar Transaksi Meningkat 20% 

Pada usaha memacu inisiatif pendigitalan perbankan, Affin Bank menyasarkan peningkatan 20% jumlah transaksi pembayaran bagi urus niaga bernilai rendah dan tinggi semua platform mereka.

Pemerkasaan ini dijangka dapat diraih hasil perkongsian bersama penyedia penyelesaian perisian ACI Worldwide. Buat pengetahuan umum sejumlah RM400 juta diperuntukkan pada inisiatif digital dalam operasi Affin Bank pada tahun ini.

Affin turut menjangkakan kecekapan operasi berpotensi meningkat 75% susulan sosokongan automasi proses yang tidak lagi memerlukan aturan manual.

Menerusi penyelesaian itu, skala operasi bank juga meningkat dengan jangkaan Affin Bank boleh mengendalikan sehingga 20% lebih jumlah urus-niaga. Pembaharuan ini secara langsung akan membantu kumpulan meningkatkan lagi pertumbuhan operasi secara berkala.

Usaha ini untuk makluman turut meliputi penambahbaikan pada Sistem Penghantaran Affin (ADS), Perbankan Runcit AffinAlways dan Perbankan Internet Mudah Alih, AFFINMAX serta ATM.