Sehingga 11 Jun lalu, didapati sejumlah 9,159,151 dos vaksin COVID-19 di fasiliti atau gudang simpanan Kementerian Kesihatan (KKM) di Malaysia telah direkodkan luput.
Pada jumlah itu, sekitar 10.8% daripadanya didapati diraih secara perolehan dan sumbangan.
Menurut KKM proses pelupusan stok vaksin pelbagai jenama itu dilaksanakan mengikut prosedur Tatacara Pengurusan Aset dan Tatacara Pengurusan Stor.
Perkongsian data pada sidang Parlimen ini bertujuan menjelaskan status vaksin yang telah tamat tempohnya. Secara menyeluruh pentadbiran negara telah menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama daripada sumber perolehan kerajaan dan sumbangan luar sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021.
Berikutan perolehan stok ini, sekitar 84.4% populasi Malaysia telah memanfaatkannya dengan menerima sekurangnnya dua dos suntikan vaksin COVID-19.