Artikel

Malaysia Kini Jadi Pilihan Ke-22, Destinasi Untuk Ekspatriat Bekerja

Malaysia kini jadi pilihan ke-22 kumpulan ekspatriat sebagai destinasi untuk berkhidmat – akan tetapi kedudukan ini bagaimanapun telah menurun mendadak berbanding negara Asia Tenggara lain dengan Indonesia (3), Thailand (6), Vietnam (8), dan Filipina (9).

Untuk makluman pada 2023, Malaysia negara ke-4 jadi pilihan kumpulan ekspatriat.

Berlandaskan tinjauan InterNations edisi ke-11 kali ini, antara faktor yang menjadi keutamaan ekspatriat adalah meraih kualiti hidup yang baik terutamanya pada akses perjalanan dan pengangkutan awam. Diikuti fasiliti riadah dan akses penjagaan kesihatan.

Mengikut aspek tersebut, pada taburan Asia Tenggara, Indonesia telah melonjak kedudukan daripa tempat ke-13 sebelum ini. Kualiti itu telah dicapai berikutan tahap kos sara hidup yang rendah tersedia di negara asia tersebut.

Berbeza dengan Malaysia yang alami penurunan skor pada kualiti hidup (39), riadah (21), perjalanan dan pengangkutan (29), penjagaan kesihatan (25), keselamatan (49) dan persekitaran serta perubahan iklim (40).