Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerusi program pemacu FIKRA ACE kini mengalukan penyertaan syarikat pemula fintech (teknologi kewangan) pada edisi kohort kedua mereka di bawah FIKRA ACE.
Medium ini untuk makluman adalah inisiatif yang dijalankan selama tiga tahun, bertujuan untuk memajukan Pasaran Modal Islam (ICM) melalui penyelesaian teknologi kewangan Islam yang inovatif. Di mana ia terdiri daripada komponen Accelerator, Circle dan Excel.
Agenda ini mengikut perincian akan dimulakan pada Ogos kelak dan terbuka kepada individu mahupun syarikat yang telahpun tersedia pada pasaran tidak kurang daripada 3 tahun. Malah ia tidak terhad kepada pemain tempatan sahaja, turut diperluaskan kepada peserta antarabangsa.
Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Islamic Development Bank – SC optimis medium ini akan membantu membentuk pendekatan kandungan kewangan Islam yang selari dengan sentimen pasaran semasa.
Maka untuk tindakan lanjut, pemain fintech yang berminat boleh mendaftar bermula hari ini sehingga 31 Julai kelak menerusi pautan SC FIKRA ACE.