Artikel

Selangor Kutip RM38 Juta – Hasil Caj Beg Plastik 20 Sen

Tindakan mengenakan caj RM0.20 sen bagi penggunaan beg plastik di pasaran – kini secara langsung telah memberi pulangan kepada Selangor dengan jumlah RM38 juta bagi tempoh 2020 sehingga 2023.

Makluman pada sidang DUN ini memperincikan hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk usaha kelestarian negeri membabitkan pemasangan lampu solar, projek komuniti, dan aktiviti alam sekitar.

Malah pelaksanaan Karnival Alam Sekitar yang akan dianjurkan pihak negeri pada minggu ini turut menjadi antara agenda yang memanfaatkan dana kutipan tersebut.

Apa yang menarik pada anjuran karnival tersebut, kerajaan negeri akan laksana kajian bersama orang awam akan keperluan menaikkan caj guna beg plastik RM0.20 sen tersebut. Hasil dapatan tersebut akan diteliti dan sekiranya berlakunya tindakan perubahan caj, aturan itu akan dikongsikan bersama umum kelak.

Tindakan ini adalah selari dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang bertindak memacu usaha kelestarian dengan mengurangkan penggunaan sisa plastik dalam kehidupan seharian penduduk Selangor secara berperingkat.