Artikel

OPR Masih Kekal Paras 3.00% – Bank Negara Malaysia 

Hasil pemantauan sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) masih kekal di paras 3.00%.

Pengekalan paras ini untuk makluman telah dilakukan sejak Mei 2023.

Menerusi penetapan itu, pelarasan tersebut didorong hasil persekitaran ekonomi negara yang diperhatikan kian mengukuh. Pasaran semasa didorong hasil pertumbuhan eksport yang terus positif disusuli permintaan dalam negeri yang kekal stabil.

Malah prestasi tenaga kerja negara juga terus mengukuh apabila memperlihatkan jumlah penduduk bekerja meningkat kepada 16.58 juta individu bersama penurunan kadar pengangguran di paras 3.3%. Keadaan ini secara langsung meningkatkan lagi aliran perbelanjaan negara kalangan rakyat secara berkala.

Sementara paras inflasi pula kekal sederhana dengan peningkatan kecil kepada 2% setakat Mei lalu. Prestasi itu kekal mencerminkan permintaan negara masih stabil dan tekanan kos terus terkawal.

Secara menyeluruh BNM akan terus memantau dinamik pasaran negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi akan kekal mampan bersama penawaran harga di pasaran seimbang.