Artikel

PLKN 3.0 Dijangka Laksana Seawal Jun 2025 – Dengan Sasaran 1,000 Peserta

Selari dengan matlamat negara untuk menjalankan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun hadapan – kini terdapat pertimbangan untuk merealisasikan agenda tersebut pada Jun mahupun Julai 2025.

Aturan itu difahamkan akan melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 4 dalam kokurikulum di sekolah. Langkah yang dikenali sebagai pra-PLKN ini adalah aturan persediaan sebelum ikuti latihan lanjutan selepas berusia 17 tahun.

Latihan melibatkan 30% asas kenegaraan dan 70% pula asas ketenteraan ini akan membabitkan kumpulan muda terpilih berusia 17 tahun ke atas – di mana kumpulan ini akan ikuti latihan selama 45 hari di kem wataniah, univerisiti awam (UA) dan politeknik.

Bagaimanapun untuk fasa rintis, Kementerian Pertahanan menyasarkan seramai 1,000 peserta akan sertai pelaksanaan tersebut. Menerusi penggunaan kemudahan latihan yang telah tersedia, pentadbiran menjangkakan lebih RM8 bilon penjimatan kos perbelanjaan akan dicapai negara pada insiatif tersebut.