Artikel

Jumlah Penduduk Bekerja Di Malaysia Kian Meningkat, Kini 16.58 Juta Individu – DOSM

Bilangan penduduk bekerja di negara kini dilihat semakin rancak dengan penyertaan seramai 16.58 juta individu setakat Mei lalu – pada pasaran ekonomi Malaysia. Lonjakan ini jelas mencerminkan penawaran peluang pekerjaan terus tersedia dalam sektor ekonomi negara.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM), hampir dua pertiga daripada penduduk bekerja adalah tertumpu pada sektor Perkhidmatan khususnya dalam aktiviti Borong & Runcit, Makanan & Minuman serta Maklumat & Komunikasi.

Melihat pada peningkatan tenaga kerja ini, ia sekaligus memberi tindak balas penurunan 0.1% pada kadar pengangguran di negara kepada 566,100 penganggur dalam pasaran semasa.

Selain itu, taburan melibatkan pekerja luar tenaga buruh yang laksana pemberhentian kerja bagi sementara waktu juga memperlihatkan penurunan kepada 7.23 juta individu. Mengikut rekod itu, 42.7% daripadanya memiliki komitmen akan tanggungjawab rumah dan keluarga, diikuti latihan serta bersekolah pula sekitar 41.4%.

Secara menyeluruh, DOSM optimis aliran ekonomi negara akan terus meningkat dengan pelbagai penawaran baharu – persekitaran ini didasari berlandaskan prestasi indeks pelapor negara yang memaparkan lonjakan. Ia secara langsung beri isyarat ekonomi Malaysia akan terus berkembang dalam tempoh terdekat, antaranya prestasi pelaburan Malaysia menunjukkan peningkatan dua digit dalam jumlah nilai pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia terus tersedia. Maka pada akses itu, lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan dapat diwujudkan pada jangka masa panjang.