Artikel

Malaysia Rugi RM3.4 Bilion Dalam Tempoh 5 Tahun – Kesan Aktiviti Melombong Bitcoin

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) kini mendedahkan, Malaysia berdepan kerugian RM3.4 bilion berikutan tindakan kecurian elektrik disebabkan aktiviti melombong bitcoin di pasaran negara bagi tempoh 5 tahun.

Biarpun data kerugian yang direkodkan sejak 2018 sehingga 2023 ini lebih kecil peratusannya berbanding penggunaan tenaga secara menyeluruh. Namun tindakan itu kekal memberi kesan yang besar ke atas pengguna negara – kerana perlu menanggung kerugiaan tersebut.

Sebelum ini Sarawak Energy turut memaklumkan lebih 50% kes kecurian elektrik disebabkan aktiviti perlombongan kriptowang di negeri tersebut berlaku di Miri. Kesannya mengakibatkan pihak mereka berdepan kerugian bulanan sekitar RM4 juta.

Melihat pada perluasan isu ini, Kementerian Peralihan Tengan dan Transformasi Air (PETRA) akan mengambil maklum untuk tindakan lanjut. Setakat ini sekiranya didapati bersalah, berpotensi dikenakan denda maksimum RM200,000 atau penjara sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan atau penalti kedua-dua sekali.