Sebahagian usaha untuk menarik lebih ramai pelajar sertai program pendidikan Tingkatan 6 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini pertimbang untuk sedia elaun kos sara hidup kepada kumpulan pelajar ini.
Pertimbangan tersebut turut meliputi elaun kepada guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dan bantuan per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran STPM. Bagaimanapun, aturan itu masih diteliti di bawah Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024-2030 yang baharu sahaja diputuskan pada Mei lalu.
Perkongsian pada sidang Dewan Rakyat hari ini jelas memperlihatkan komitmen negara untuk terus meningkatkan minat anak muda menjadikan Tingkatan 6 sebagai saluran pilihan utama setelah melalui SPM bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.