TNG Digital kini memperkenalkan GOfinance iaitu hab kewangan menyeluruh pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka buat kemudahan akses pengguna di Malaysia.
Menerusi GOfinance, pengguna TNG eWallet tidak sekadar mengetahui jejak perbelanjaan pengguna menggunakan aplikasi tetapi turut dapat memahami produk kewangan TNGD dengan lebih terperinci.
Antaranya jika pengguna laksana pelaburan bersama TNGD maka, aliran pelaburan akan dapat diperlihat menerusi jumlah nilai aset pengguna di paparan GOfinance, termasuklah sekiranya pengguna turut melanggan insurans atau rekod skor kredit di bawah TNG eWallet.
Selain memahami penggunaan wang dan menjejaki aliran perbelanjaan semasa, pengguna juga turut boleh mengakses tip kewangan pada GOfinance untuk meningkatkan lagi pengetahuan pengguna dalam pendidikan kewangan. Akses ini tidak sedar membantu pengguna akan pemahaman am tetapi melibatkan beberapa kategori seperti simpanan untuk melancong, perbankan, insurans berkaitan kereta serta kesihatan.
Maka dengan akses setempat sedemikian, ia secara langsung akan meningkatkan literasi kewangan pengguna TNG eWallet secara berkala dan membantu pengguna berbelanja dengan lebih bijak, cermat dan selamat.