Untuk memacu matlamat sifar jejak karbon menjelang 2050, CIMB Group Holdings kini telah laksana perjanjian dengan membolehkan mereka memanfaatkan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) selaku bahan bakar bagi mengurangkan pelepasan karbon berkaitan penghantaran antarabangsa bersama GoGreen Plus DHL.
Ini bermakna pada perkongsian tersebut, CIMB akan menggunakan GoGreen Plus di seluruh Malaysia dan Singapura untuk tingkatkan kelestarian amalan iklimnya pada penghantaran antarabangsa.
Menerusi kesepakatan ini, CIMB menjangkakan pengurangan 20% dapat dicapai mengikut masa penghantaran udara antarabangsa dari Malaysia dan Singapura melalui DHL.
Buat pengetahuan umum, SAF adalah kaedah penyahkarbon industri penerbangan yang dilaksanakan berlandaskan bahan mentah alternatif seperti minyak masak terpakai, sisa dan hidrogen. Aturan SAF telah membantu mengurangkan 80% pelepasan karbon untuk penghantaran pengankutan udara berbanding bahan api jet konvensional.
Adanya kebersamaan ini, ia membantu rangkaian pengangkutan udara mengurangkan risiko jejak karbon di pasaran. Setakat ini difahamkan ia menyumbang sekitar 70% jejak karbon pada persekitaran semasa.