Artikel

Thailand Akan Menutup Kedai Bebas Cukai – Di Zon Ketibaan Lapangan Terbang

Untuk menaikkan perbelanjaan pelancong di negara, Thailand kelak akan menamatkan penawaran kedai bebas cukai di zon ketibaan lapangan terbang mereka. Keputusan ini telah dicapai hasil kesepakatan kabinet mereka pada minggu lalu.

Setakat 2023, zon bebas cukai tersebut telah mencatatkan nilai jualan gabungan sekitar $81.9 juta dan syarikat pengendali yang terlibat dimaklumkan telah bersetuju akan penutupan tersebut. 

Namun setakat ini tiada tempoh tetap dimaklumkan berhubung pelaksanaan tersebut. 

Menerusi penutupan itu juga kerajaan Thailand menyasarkan purata sekitar 570 baht akan dibelanjakan pelancong pada lokasi pelancongan mereka yang lain.

Startegi ini secara langsung akan merancakkan lagi ekonomi setempat Thailand secara berkala – buat pengetahuan umum, Malaysia jadi pelancong kedua terbesar yang memasuki Thailand bersama 2.43 juta individu bagi rekod 6 bulan pertama 2024.