Auro Holdings kini dalam pertimbangan untuk pelbagaikan segmen perniagaan makanan dan minumannya (F&B) dengan meluaskan cawangan HeyTea di seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk makluman umum, Auro telahpun mencapai persetujuan francais bersama HK HeyCha Ltd yang membolehkan mereka mengendali seluruh kedai HeyTea di pasaran negara.
Menerusi langkah mengembangkan segmen F&B, mengikut makluman kepada Bursa ia dijangka dapat membantu operasi meraih peningkatan pertumbuhan hasil dalam pasaran semasa.Setakat ini, selain Lembah Klang, cawangan HeyTea turut tersedia di Genting Highlands Premium Outlets dan Gurney Plaza-Pulau Pinang.
Selain dua cawangan tersebut, HeyTea turut tersedia di The Exchange TRX Mall, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan 1 Utama.