Artikel

Harga Kopi Melonjak 20% – Susulan Kesan Musim Panas Pada Pasaran Komoditi Utama Asia 

Suku lalu memperlihatkan harga kopi antarabangsa alami lonjakan sekitar 20%, berikutan cuaca panas di kawasan penanaman kopi utama rantau Asia. Antara yang berdepan isu tersebut adalah Vietnam, Thailand dan Filipina yang mencapai purata suhu cecah 48C.

Untuk pengetahuan umum, Vietnam merupakan negara yang menghasil sekitar 40% daripada biji kopi robusta dunia – iaitu biji yang diguna pada penghasilan kopi segera. Namun kesan ketidakseimbangan cuaca telah mencetus kebimbangan akan hasil penuaian mereka secara berkala.

Mengikut laporan Nikkei selain kopi, pengeluaran getah turut berdepan situasi yang sama – menjadi lebih perlahan berdasarkan rekod Mac dan Mei yang berlaku di Thailand, Indonesia. Melihat pada situasi ini, gelombang haba sedemikian disasar terus mempengaruhi harga komoditi pada suku ini