Artikel

Menjelang 2027 – Malaysia, Thailand Sasar Nilai Dagangan Capai $30 Bilion 

Malaysia dan Thailand sememangnya miliki hubungan dagangan dua hala yang baik – apabila dalam tempoh 7 tahun lepas (2017-2023) kedua negara telah berjaya mencapai nilai dagangan purata $24.73 bilion dengan angka tertinggi $27.74 bilion dicatatkan pada 2022.

Prestasi ini sekaligus mencerminkan potensi perolehan nilai dagangan $30 bilion dapat diraih menjelang 2027.

Pada pemerkasaan itu, kedua negara sidang jawatankuasa bersama MITI telah bersetuju meluaskan akses ekonomi dalam pelbagai sektor ekonomi. Antaranya usaha eksport-import produk pertanian, teroka kerjasama dalam ekonomi getah dan pengangkutan. Malah perluasan berhubung akses digital turut diteliti kedua pihak melibatkan keusahawanan, keselamatan siber serta tenaga digital.

Usaha melibatkan perluasan produk halal juga turut dipertimbang kedua pihak bagi meraih manfaat permintaan di pasaran semasa. Menerusi sasaran itu, ia akan membantu negara mempercepatkan lagi kemajuan pasaran negara bersama negara serantau.