Hasil pelan tindakan KL20 yang dilaksanakan pada April lalu – kini terdapat 12 syarikat modal teroka dalam rundingan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung potensi mereka membuka operasi di Malaysia.
Kesemua 12 syarikat modal yang terlibat untuk makluman miliki nilai aset bawah pengurusan (AUM) dianggarkan berjumlah $28.64 bilion. Sekirannya potensi kemasukan ini berjaya direalisasikan – ia berupaya menarik lebih ramai pelabur, pemain ekosistem startup dan modal teroka asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan di rantau ASEAN.
Ia sekaligus akan menepati matlamat KL20, yang ingin menjadikan negara di tangga 20 teratas pada ekosistem startup menjelang 2030.
Setakat ini menurut notis Kementerian Ekonomi, 12 syarikat modal teroka tersebut telah menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) untuk membuka ibu pejabat mereka di pasaran negara dan jumlah dana yang dijangka di bawa masuk ke Malaysia, hanya akan diketahui setelah sesi rundingan bersama semua pihak dimuktamadkan.