Artikel

Farm Fresh Rancang Perluas Pasaran Aiskrim – Perkenal Produk Baharu Menjelang 2025

Untuk meluaskan lagi kedudukan pada pasaran aiskrim – Farm Fresh merancang perkenalkan produk aiskrim baharu pada suku kedua tahun 2025.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini Farm Fresh telahpun mengambilalih Inside Scoop dan Sin Wah Ice Cream pada pengembangan kumpulan dalam pasaran aiskrim. Pada 2024, prestasi kedua jenama aiskrim tersebut telah menyumbang 6.2% kepada hasil keseluruhan kumpulan dengan jumlah RM50.4 juta.

Maka menerusi manfaat tersebut, perluasan bersama produk aiskrim baharu dijangka dapat direalisasikan pada tahun hadapan.

Tidak hanya rancangan itu, firma penyelidikan TA Securities turut memaklumkan beberapa produk baharu seperti susu berperisa, mentega dan susu kultur baharu juga akan dilaksanakan pada tempoh yang sama.

Perluasan itu sekaligus akan meningkatkan lagi pertumbuhan kumpulan secara berkala. Berdasarkan rekod suku keempat 2024 – Farm Fresh telah berjaya meraih lonjakan hasil empat kali ganda dengan untung bersih kepada RM23.93 jut