Sejumlah RM100 juta disediakan bagi merealisasi matlamat negara pada MyKiosk 2.0 bagi tahun ini dengan membina 4,000 unit ruang niaga di seluruh Malaysia.
Adanya ruang perniagaan sedemikian, ini akan membantu memulih dan meningkatkan taraf ekonomi penjaja serta peniaga kecil di lokasi tumpuan awam.
Lebih menarik pembinaan ruang niaga edisi kedua ini turut memperlihatkan langkah tambah-baik dengan spesifikasi ruang niaga yang selesa bersama perubahan reka bentuk, struktur bahan unit yang berkualiti dan penggunaan panel solar.
Perkongsian pada sidang Dewan Rakyat tersebut memperincikan – setakat Jun lalu, sekitar 2,977 unit MyKiosk telah disediakan hasil peruntukan RM74.4 juta kepada 83 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Dan untuk tahun lalu sahaja, sejumlah 3,189 MyKiosk telah berjaya disediakan, hasil manfaat peruntukan RM50 juta yang disumbangkan pentadbiran negara.