Artikel

PR1MA Teroka Kerjasama Dengan Huawei Malaysia – Integrasi Peranti Pintar Pada Kediaman Mampu Milik

PR1MA, projek perumahan mampu-milik di negara kini dalam usaha meneroka kerjasama strategik bersama Huawei Technologies (Malaysia) dan SCID bagi melestarikan pembangunan kediaman di seluruh negara.

Aturan itu telah dilaksanakan, apabila PR1Ma menyerahkan Surat Tunjuk Minat kepada Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd serta memeterai semula Memorandum Persefahaman (MOU) bersama SANY Construction Industry Development (M) Sdn Bhd (SCID), anak syarikat SANY Global yang berpangkalan di China.

Langkah kerjasama ini antaranya bertujuan mengintegrasikan peranti pintar Huawei Malaysia pada pembangunan PR1MA. Ia secara langsung akan meningkatkan lagi tahap kemudahan, keselesaan dan keselamatan bersama penduduk negara.

Manakala bersama SCID pula ini akan memacu pertumbuhan kediaman di pasaran dengan menggalakkan penerapan kemajuan teknologi dan menetapkan piawaian industri yang baharu – antaranya penerapan teknologi pembinaan Industrialised Building System (IBS). Usaha itu secara berkala akan meningkatkan kualiti perumahan mampu-milik PR1MA di pasaran negara.