Senada dengan matlamat rendah karbon negara tidak lama lagi, Stesen Super Hibrid pertama di lebuh raya negara akan diwujudkan – melibatkan kerjasama antara PLUS Malaysia dan Petronas Dagangan Berhad.
Kesepakatan ini akan memperlihatkan stesen ini menyediakan kemudahan mobiliti secara menyeluruh merangkumi stesen petrol, diesel berskala besar dan stesen pengecasan pantas buat pengguna kenderaan elektrik (EV).
Untuk peringkat awal, Lembah Klang akan menjadi lokasi perintis pada pembangunan kemudahan hibrid tersebut.
Secara menyeluruh, kerjasama ini akan memberi nafas baharu kepada konsep stesen minyak di negara dengan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan bahan termasuk EV bersama kemudahan awam dan pendekatan amalan kelestarian dalam pasaran negara.