Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois yang disatukan, iaitu menggabungkan semua rekod urus niaga jualan mereka setiap bulan untuk dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Akses itu menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada kenyataan sidang Dewan Rakyat, adalah tindak-balas pentadbiran berikutan menyedari masih ramai pemain PMKS berdepan kesukaran dalam menerapkan amalan e-Invois pada sesi urus-niaga mereka.
Namun perlu difahami hanaya peniaga yang miliki jualan tahunan lebihi RM150,000 sahaja dikuatkuasakan untuk pengeluaran e-Invois tersebut. Sementara, peniaga kecil yang miliki jualan tahunan bawah RM150,000 pula tidak perlu berbuat demikian.
e-Invois adalah rekod transaksi secara digital yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli – merangkumi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G). Di mana ia merangkumkan maklumat penting seperti dokumen tradisional, butiran penjual dan pembeli, penerangan barangan, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan yang melibatkan rekod data transaksi untuk operasi perniagaan harian.