Artikel

Jollibee Membeli 70% Pegangan Compose Coffee, Antara Rangkaian Kopi Terbesar Korea Selatan

Rangkaian makanan segera Filipina, Jollibee Foods (JFC) kini dimaklumkan membeli pegangan dalam salah satu rangkaian kedai kopi terbesar Korea Selatan, Compose Coffee.

Berdasarkan makluman pada Bursa Filipina hari ini, aturan itu akan memperlihatkan peralihan 70% kepentingan kepada JFC. Nilai pengambilalihan itu disandarkan pada harga $340 juta.

Melihat pada potensi peralihan ini, ia sekaligus akan merancakkan lagi segmen rangkaian makanan dan minuman JFC dipersada antarabangsa.

Sehingga penghujung tahun 2023, Compose Coffee berada di kedudukan sebagai rangkaian kopi ketiga terbesar di Korea Selatan, yang mempunyai kira-kira 2,500 kedai setakat Mac 2024. Sementara pesaing lain susuli Ediya bersama 3,000 cawangan, dan Mega pula dengan 2,709 cawangan.