Artikel

India Sertai Projek Nexus – Bersama BNM, 4 Bank Pusat ASEAN Perluas Liputan Pembayaran Pengguna

Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan rangka tindakan bagi Projek Nexus fasa tiga, yang bertujuan menyeragamkan sistem pembayaran rentas sempadan secara global kini telah dimuktamadkan. Aturan itu sekaligus menunjukkan keseterdiaan Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand untuk menghubungkan IPS mereka secara lancar di peringkat seterusnya.

Melalui kesepakatan ini, BNM melihat ia tidak sekadar memanfaatkan negara Asean yang terlibat bahkan ini akan membuka laluan kepada ketersambungan pembayaran global yang lebih meluas.

Apa yang menarik untuk fasa keempat, kelima bank pusat ini mengalukan penyertaan India pada lanjutan Projek Nexus seterusnya. Menerusi penyertaan Reserves Bank of India ini ia dilihat berupaya meluaskan potensi liputan pengguna merangkumi Unified Payments Interface (UPI) di India iaitu IPS terbesar di dunia.

Sementara Bank Indonesia pula dimaklumkan akan terlibat selaku pemerhati khas pembangunan Projek Nexus.

Buat pengetahuan umum, Nexus ketika ini telhpun berpotensi menghubungkan pasaran melibatkan 1.7 bilion orang secara global. Jumlah itu membolehkan kumpulan ini kelak laksana pembayaran pada masa nyata antara satu sama lain, pada kos yang lebih murah.

Menerusi aturan itu, kini satu entiti baharu telah dibentuk, yang dikenali Nexus Scheme Organisation (NSO) – yang bertanggungjawab menguruskan skim dan objektif pembayaran rentas semapada pada masa nyata mengikut skala.