Artikel

Duit Syiling JPN Edisi Khas Kini Dikeluarkan – Sempena Ulang Tahun Ke-75

Bersempena ulang tahun ke-75 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada hari ini (1 Julai) Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling edisi khas untuk meraikan peringatan tersebut, di mana fungsi JPN selaku agensi utama dalam pengurusan rekod penduduk negara sejak tahun 1948 lagi.

Pengenalan duit syiling peringatan Perak Sterling dan Emas Nordic Brilliant Uncirculated ini untuk makluman menampilkan peranan utama JPN – dengan paparan fail pada bahagian kanan duit syiling yang menggambarkan kepelbagaian rekod pendaftaran yang dikendalikan JPN.

Rekaan duit syiling tersebut juga menurut BNM diilhamkan oleh transformasi digitalnya di bawah Pelan Identiti Digital Nasional 2020 bersama olahan bentuk iris, cap jari yang melambangkan inisiatif pendigitaln terkini JPN.

Tidak hanya itu, rekaan duit syiling khas ini turut menyertakan ukiran mewakili rekod kelahiran, pengenalan, perkahwinan, warganegara, kematian dan bayangan MyKad.

Edisi ini buat pengetahuan umum bagi pembelian, tempahan boleh dilaksanakan bermula hari ini sehingga jam 11 Malam pada 14 Julai kelak. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman duit.bnm.gov.my untuk tindakan pembelian.